KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengemukakan pelan strategik dan komprehensif bagi pembangunan jangka panjang Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS atau Lapangan Terbang Subang) kepada kerajaan.
Dalam kenyataan hari ini, pengendali lapangan terbang itu berkata, pelan pembangunan semula itu telah disahkan menerusi penanda aras yang luas dan penglibatan pihak berkepentingan berdasarkan tiga bidang utama iaitu ekosistem aeroangkasa, penerbangan perniagaan dan lapangan terbang komuniti bandar.
"Ia bertujuan mendorong SAAS untuk menjadi hab penerbangan aeroangkasa dan perniagaan pilihan di Asia Pasifik dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, sejak syarikat itu ditugaskan kerajaan pada 2005 untuk membangunkan SAAS kepada taman aeroangkasa antarabangsa, ia telah memperluaskan ekosistemnya sebanyak empat kali ganda dan menarik kehadiran 60 jenama terkemuka dan memudahkan aliran masuk modal melebihi RM500 juta.
"Ketika ini, terdapat lebih 35 pengendali penerbangan tempatan dengan separuh daripadanya merupakan syarikat Bumiputera," katanya.
Pada masa depan, Mohd Shukrie berkata, pelan pembangunan semula itu akan mengembangkan ekosistem sebanyak tiga kali ganda, menggandakan jumlah pengendali global dan tempatan melebihi 100 untuk mewujudkan dan menyokong 19,000 tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Ia akan membantu meneraju peralihan Malaysia kepada teknologi tinggi, dipacu industri Revolusi Perindustrian Keempat dan negara berpendapatan tinggi dengan nilai unjuran lebih RM10.0 bilion kepada ekonomi negara.
"Ini seiring dengan teras strategi yang dikenal pasti dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 kerajaan dan akan mencapai aspirasi Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030," katanya.
Dengan rizab tunai dalaman yang mencukupi bagi pelan pembangunan semula itu, Mohd Shukrie berkata, MAHB kini bersedia untuk melaksanakan pelan pembangunan semula SAAS.
"Pelan itu memerlukan pelaburan infrastruktur sebanyak RM300 juta secara berperingkat untuk tempoh lima tahun akan datang dan ini selari dengan kemampuan kita kerana kita masih mempunyai kedudukan tunai dan pasaran wang yang kukuh berjumlah RM1.6 bilion dengan RM9.14 juta diperuntukkan bagi operasi Malaysia," katanya.
Beliau berkata, pembiayaan bagi kemudahan siap dibina atau bangunan yang sesuai dengan keperluan boleh dipermudahkan menerusi gabungan tunai dalaman serta pilihan pembiayaan projek.
"Meskipun pandemik, kami mengekalkan penarafan kredit kami pada AAA oleh RAM Ratings dan A3 oleh Moody's Investors Service, yang setara dengan penilaian kredit negara Malaysia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021
MAHB telah mengemukakan pelan strategik dan komprehensif bagi pembangunan jangka panjang Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah kepada kerajaan. - Gambar fail
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Bashir Ahmad dilantik Pengerusi MRT Corp
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) melantik Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid sebagai pengerusinya berkuat kuasa 3 April 2023.
MAHB kemuka pelan pembangunan semula Lapangan Terbang Subang kepada kerajaan
Pelan pembangunan semula itu telah disahkan menerusi penanda aras yang luas dan penglibatan pihak berkepentingan.
MAHB tawar pakej bantuan baharu kepada peruncit
Menggantikan tawaran yang diumum pada September, yang mana penyewa runcit diberi rebat sewa sehingga 50 peratus selama enam bulan tahun ini.
KLIA menang Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018
Anugerah mengiktiraf perkhidmatan pemasaran cemerlang yang telah menyokong pelancaran laluan udara baharu atau pembangunan perkhidmatan sedia ada.
MAHB mohon maaf kesilapan ejaan pada gegantung Krismas
MAHB dalam kenyataan di laman Facebook hari ini, berkata gegantung berwarna merah yang memaparkan logo operator lapangan terbang itu telah diturunkan sebaik sahaja kesilapan itu disedari malam tadi.
MAHB sedia bekerjasama tambah nilai lapangan terbang di Istanbul
Syarikat itu telahpun menokok nilai lapangan terbang tersebut dengan menambah trafik penumpangnya daripada empat juta antara tujuh dan lapan tahun lalu kepada 29 juta ketika ini.